Monday, August 6, 2018

Paper Rose


Sesungguhnya, I'm seriously into DIY ideas, tapi to be honest - I'm always fail with arts. Tak cukup kreatif..haha.

But this paper rose is so easy to do sampai Cik Su yang selalu fail dengan art ni pon boleh buat - and it has become one of my favourite.

First time belajar buat dulu just based on youtube video jek. Seriously sangat senang.

So, tanpa berlengah, shall we?

Barang-barang yang nak kena ada:

Kertas
(A4 biasa 70gsm tu dah ok. Tak payah nak susah-susah cari art paper bagai)
Penutup balang
(or mangkuk, or gelas, or anything yang bulat)
Gunting
Gam
(Cik Su guna glue gun sebab itu paling senang)

Step 1
Mula-mula sekali, paling penting nak kena potong kertas A4 tu jadi bulat dulu.


Sehelai A4 boleh dapat 4 keping kertas bulat tu. Macam mana nak gunting Cik Su tak payah la ajar kot, kan? haha...Cik Su lipat 4 kertas tu, tekap bulatan, and gunting jek. Terus dapat 4 keping bulatan sekali gunting.

Step 2
Now, untuk jadikan 'kelopak' ros kita. Most important step. Gunting kertas bulat tadi ikot bulatan dia tu and buat spiral. Cik Su pon tak tahu macam mana nak phrase kan step ni actually. Sila refer gambar di bawah. #biargambarberbicara



By the way, why Cik Su kata ini adalah step paling penting? Sebab saiz, bilangan, jarak lilitan(?) spiral tu akan effect kelopak ros kita nanti actually. But not really a big issue pon sebenarnya. Saje Cik Su buat gempak. There will be differences, tapi doesn't really matter.

Contohnya,

1. Width between each layer akan effect tinggi kelopak. Based on dua spiral dalam gambar kat atas ni, yang biru tu kelopak dia akan jadi tinggi, and yang oren kelopak dia akan jadi rendah.

2. Bilangan lingkaran - akan effect saiz dan 'kepadatan' kelopak.


Tapi sebenarnya, saiz dan rupa ros kita tu nanti bukan effected by macam mana kita gunting spiral ni semata-mata. Contohnya, cara kita gulung (step 3) pon boleh effect - gulung rapat or gulung loose. Macam gambar kat atas, yang pink Cik Su gulung padat-padat, rapat. Anak buah pulak gulung yang purple to a bit loose.

Dan sesungguhnya, setiap kali buat, Cik Su memang gunting spiral tu randomly jek. Tujuan Cik Su bagitau just for additional info semata-mata.

Step 3
The photo said it all..haha. Click the photo to enlarge.

Why Cik Su pegang gulungan tu atas bawah? Sebab actually Cik Su nak bagi sama bahagian bawah/base dia tu sebabnya nanti senang nak gam.

Step 4
Follow step ni kalau nak bunga kembang. Kalau tak, tak payah. Kalau nak yang tak bape kembang ala-ala ros yang baru keluar kuncup and baru nak start mengembang tu, lepas no.6 dalam step 3, boleh terus gam.



Step 5
And lastly, gam.


Letak gam, and tekan-tekan sikit, softly, bagi lekat. Sure dah lekat, boleh lepas.

DONE

And to summarize the whole post:



And this is what i used the roses for:


Sori, gambar sebelum takde. Tapi cermin ni dah lama, so rupa dia pon memang dah tak semenggah mana. So decide nak decorate sikit pakai paper roses ni. Plus, boleh jadi pewangi kat kedai jugak. Pagi-pagi, sampai kedai, Cik Su spray dulu bunga-bunga tu dengan fragrance oil yang dah dicampur air sikit (kedekut/jimat..hahaha).

It is a fun craft that you can do with your girls.

Anak buah Cik Su (8yo) is not confident enough lagi nak cut spiral by herself (sebab tak jadi spiral), so at first I cut the spiral for her. After some times, I draw the spiral on kertas bulat tu, then dia potong sendiri. She had fun. I believe your kid(s) will too :)

Saturday, May 5, 2018

Aiskrim Sumi

Nota resepi Cik Su:


Bahan-bahan screenshot resepi asal jumpa kat Google.
(i'm so sorry that i don't have the original link)

Cara penyediaan tu dah diolah kepada bahasa mudah paham Cik Su.
But, to be honest, sesungguhnya Cik Su masak ikot base aiskrim choki-choki ni je.

Anyway, back to aiskrim sumi. Bahan-bahannya:

BAHAN A
Sumi - 1 atau 2 paket. Kalau nak letak ala-ala janji ada je, sepeket dah cukup. Tapi kalau nak meriah sumi dalam aiskrim tu, dua paket baru best.

BAHAN B
Susu pekat - satu tin (any brand)
Susu cair / sejat - satu tin (pon any brand jugak)
Air kosong - 4 tin (sukat guna tin susu sejat/pekat tadi)
Garam - secukup rasa
Tepung jagung - 2 sudu setengah (resepi asal tak payah letak, but i did)

Dinasihatkan korang pakai sumi yang jenis warna meriah macam ni.
Bagi cantik efek warna aiskrim korang nanti.

Susu pekat dan susu cair brand sesuka hati.
Yang penting, tin kecik. Jangan pakai tin besar pulak. Kencing manis pulak kang.

STEPS:

Penyediaan adunan susu untuk base aiskrim (Cik Su tak ikot nota notepad Cik Su):

1. Masukkan bahan cecair (susu pekat, susu cair, air kosong) dalam periuk.
2. Panaskan periuk dengan api sederhana.
3. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air - masukkan dalam periuk yang dah panas.
4. Masukkan garam.
5. Masak hingga mendidih. Sentiasa kacau bagi nak elakkan adunan jadi berketul/berkerak.
6. Tutup api bila adunan dah mendidih. Teruskan kacau buat seketika.
7. Biarkan sejuk.

Masak semua Bahan B dalam satu periuk dan biarkan sejuk.

Sumi:

1. Potong sumi kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam plastik aiskrim.

Potong sumi. Terpulang nak potong macamana.
Nak potong dadu boleh. Nak potong panjang-panjang pon boleh.
Cik Su sarankan, sebiji sumi tu belah empat (memanjang).
Sebabnya? Bila potong dadu, dia jadi kecik-kecik - nanti bila letak dalam peti ais, semua potongan kecik tu berkumpul satu tempat. Bila belah empat tu, saiz dia besar-besar, jadinya 'pergerakan' sumi tu terhalang sikit.

Masukkan dalam plastik. Ni suruh anak-anak.
Suka la dorang boleh buat kerja 'main-main' macam ni.

2. Masukkan susu yang dah sejuk, kemudian ikat dan bekukan.

Done. Dah boleh masuk peti ais and bekukan.
Yang ni hasil potongan dadu. Nampak tak apa yang Cik Su maksudkan tadi? Hahaha.
Lepas-lepas tu, buat potong belah empat tu. Better. Tapi takde gambar.

That's all. Senang je sebenarnya. Selamat beraiskrim :)

Thursday, May 3, 2018

Aiskrim Choki-choki

Nota resepi Cik Su (hahaha):



BAHAN-BAHAN:

BAHAN A
Choki-choki - suka hati banyak mana. Kalau korang potong 3 each choki-choki, maybe boleh guna dalam 8-10 batang. Kalau potong 2 je, sila tambah lagi choki-choki tu.

BAHAN B
Susu sejat / cair (evaporate milk / creamer) - 1 tin, apa-apa brand pon boleh. Cik Su pernah pakai Gold Coin, F&N, Marigold. Rasanya sama lebih kurang, takde beza pon. So jangan pening-pening brand apa nak kena beli.
Susu pekat - 1 tin, tak kisah ape brand jugak. Pekat manis biasa ke, teh tarik ke, belasah jek.
Air - 4 tin. Plain water. Ukur pakai tin susu yang korang guna tadi.
Tepung jagung - 2 sudu setengah. Ni bukan bahan wajib. Kalau takde pon takpe. Tapi Cik Su tak pernah tak letak..hahaha
Garam - resepi cakap secubit, secukup rasa. Cik Su letak dalam setengah sudu kecik.

Cik Su memang beli sekotak terus stock kat rumah :D

Seriously, brand ape pon tak kesah.

STEPS:

Penyediaan adunan susu untuk base aiskrim.

Sesungguhnya nak prepare base aiskrim ni senang yang amat.

1. Masukkan susu sejat + susu pekat + air dalam satu periuk.
2. Panaskan periuk atas dapur dengan api sederhana.
3. Bila campuran susu dah panas sikit, masukkan tepung jagung (nak senang bancuh dengan air sikit siap-siap, supaya tak berketul.)
4. Masukkan garam.
5. Masak sampai mendidih. Keep kacau sepanjang masa. 
6. Tutup api bila susu dah mendidih. Teruskan kacau kejap. Lepas tu dah boleh angkat dan sejukkan.

Masak semua bahan B dalam satu periuk and sejukkan. Done :)

Salutan choki-choki dalam plastik aiskrim.

Ni part yang pada Cik Su, leceh sikit. Sebab kerja dia renyah sikit..haha

1. Potong choki-choki kepada beberapa bahagian (2, 3, 4, sukati korang).

2. Masukkan choki-choki dalam plastik aiskrim.


3. Lenyekkan (is this the right term? hahaha) choki-choki pakai roller pin (or gelas, or botol sos, botol mayonis - apa-apa pon boleh)

Cik Su picit-picit bagi pecah-pecah macam ni dulu then baru lenyekkan.

(pakai chopstick)

(pakai botol mayonis XD)

4. Tarik opposite sides of plastik aiskrim, splitkan bagi effect comot choki-choki tu.

5. Plastik aiskrim dah ready untuk diisi dengan adunan susu yang dah sejuk.



Notes:

1. Ada yang pernah tanya Cik Su - nak masak susu dulu, or prepare choki-choki dulu?
Jawapannya, terserah. Mana-mana dulu pon boleh. Tapi Cik Su biasanya potong choki-choki dulu. Lepas tu  masak susu. Sementara tunggu susu masak / mendidih, sambil-sambil tu Cik Su multi-tasking. Alternate between kacau susu dengan isi choki-choki dalam plastik. Sementara tunggu susu sejuk, Cik Su gelek botol mayonis..haha

2. Sepanjang duk masak susu, memang nak kena kacau sepanjang masa, non-stop ke?
Well, kalau korang baca nota no.1, jawapan dah ada kat situ. Cik Su ulang, Cik Su alternate between kacau susu dengan isi choki-choki dalam plastik. Kalau ikutkan pesanan penaja dan resepi asal, memang susu tu nak kena kacau sepanjang masa. Rasanya, logiknya adalah sebab tak nak bagi berkerak, hangit kat tepi, etc. And kalau yang biasa masak susu atau santan mesti tau, kalau tinggal santan or susu tak kacau, takut nanti jadi 'pecah' (tatau la apa terms betul dia). So sebab tu dipesan sentiasa kacau kot. But since Cik Su masak api sederhana jek, and tinggal kejap-kejap jek, tak jadi masalah lagi pada Cik Su buat masa ni. Kalau rasa macam tak confident, jangan tiru gaya aci redah Cik Su.

3. Make sure adunan susu dah sejuk before korang masukkan dalam plastik. Kalau tak betul-betul sejuk pon, at least suam-suam kuku dah okey. Kenapa? Sebab, 1. Takut plastik aiskrim tak tahan dengan panas susu. 2. Bila korang masukkan susu yang belum sejuk, choki-choki start melting once dah masukkan susu tu. By the time nak tunggu dia keras dalam peti ais, aiskrim korang dah jadi aiskrim chocolate milk.

4. Tips nak senang keluarkan choki-choki dari plastik.
Biasanya, lepas potong choki-choki, Cik Su picit-picit sikit choki-choki tu, softly. Bagi dia tak melekat sangat dengan plastik dia. Lepas tu Cik Su amik chopstik, and tolak choki-choki tu keluar pakai bontot chopstik. 

And, disebabkan Cik Su malas nak buat satu-satu, biasanya Cik Su buat one bunch terus. I mean, instead of, keluarkan choki-choki 1, masukkan dalam plastik aiskrim, roll-on choki-choki, pastu ulang lagi keluarkan choki-choki, masuk dalam plastik, and go on, and go on, Cik Su buat one bunch terus for each step. 

Contohnya, satu adunan ni boleh dapat dalam lebih kurang 30 batang aiskrim (bergantung pada saiz aiskrim korang buat).

So, Cik Su potong siap-siap 10 batang choki-choki. So, I get 30 small pieces of choki-choki.
Lepas tu, Cik Su keluarkan 30 pieces choki-choki tu dari plastik dia. Put them in one bowl.
Then, baru Cik Su masukkan satu-satu choki-choki tu dalam plastik aiskrim.
And lastly, baru roll on all of them. Pastu dah siap roll semua sekali, baru tarik, splitkan satu-satu.

Sounds like lagi leceh? Hahaha. Buat la ikot keselesaan masing-masing.

So, thats how  Cik Su buat askrim choki-choki.

Actually, aiskrim oreo, nutella, and sumi pon pretty much lebih kurang jek dengan aiskrim choki-choki ni. Base dia sama. Korang just tukar 'filling'  jek *wink.

Monday, April 30, 2018

Aiskrim 1 Malaysia

Homemade and handmade by Cik Su :)

Honestly, i don't really fathom the name.

'Aiskrim 1 Malaysia'

Well, dulu time kecik-kecik, aku panggil aiskrim ni aiskrim batang, sebab dia kan sebatang camtu. I think everyone (at least kat area tempat aku la) panggil aiskrim ni aiskrim batang. But then, suddenly, aiskrim ni buat kemunculan semula few years back, with so many new kind of flavours, and renamed as "Aiskrim 1 Malaysia". Aku cakap aiskrim batang, bebudak sekarang dah tak kenal *menangis tepi dinding.

Dulu-dulu, kalau makan aiskrim batang ni, flavour dia klasik sangat. Aiskrim bandung, aiskrim jagung, milo, sirap, bubur kacang hijau, bubur chacha, pulut hitam..what else? Yang tak berapa nak klasik sikit aiskrim asam boi or aiskrim jeruk. Oh, aiskrim nangka!!! Best gila. Basically, kalau kat rumah, aiskrim tu buat dari air or pengat yang terlebih buat. But rasa dia masyaallah sedapnya. Sekarang ingat senang ke nak jumpa aiskrim pengat or bubur tu? Kalau bagi anak buah aku makan pon dorang rijek. Eeeee pelik, kata mereka *roll-eyes.

aiskrim bubur kacang hijau
Source: Google (original picture)

bubur chacha
Source: Google (original picture)

bubur pulut hitam
Source: Google (original picture)

Dua bubur ni pon sedap kalau buat aiskrim. 
*menangis mengingatkan zaman kanak-kanak yang indah.

Anyway, memandangkan anak buah Cik Su semua selera hipster (*roll-eyes lagi), so kat rumah pon Cik Su buat aiskrim hipster la jugak. Yang gila duk viral tu.

Setakat ni yang pernah Cik Su try buat was:

Aiskrim Choki-choki
Aiskrim Sumi
Aiskrim Paddlepop (or i call aiskrim pelangi sebab obviously 'Paddlepop' is a brand. Adik aku panggil aiskrim unicorn. Pon boleh. Suka hati masing-masing la nak panggil apa. Ikot keselesaan korang.)

So kat sini, aku nak share ler sikit resepi and cara buat Aiskrim 1 Malaysia yang viral tu.

Sejujurnya, aku pon amik resepi kat google. I wish I have the original link, so I could share. But, time amik resepi tu, aku salin kat notepad jek, in my own way and ikot bahasa aku mudah paham, so, no links. Sorry and thank you to the original recipes compilation yang aku jumpa tu.

So, here we go with the recipes.



Aiskrim Pelangi

Wednesday, January 31, 2018

Pulau Kapas Short Vacay (part II)

Cerita dah tak berapa nak fresh dalam kepala actually..haha. First day was more to free and easy. Pergi dah lewat. Around noon ke a little past noon. Ada jiran kenduri on the day. Yang kawen nya kawan aku pulak tu. Takkan la tak nak attend. Padahal malam sebelumnya siap join team berinai..hahaha…

Jejak jek kaki ke pulau, terus tuju ke chalet and catching up dengan geng yang dah lepak since semalamnya tu. Anak-anak buah aku dah rentung. Yang putih macam mat saleh semua dah gelap macam aku jadinya...haha..check-in bilik, and late lunch.

this is how the chalet looks like.
PYS ada dua jenis bilik - A-shape chalet & 2-storey building.

Bilik A-shape ni harganya RM100/night - 1 katil double.
Yang double storey building tu aku not quite sure jenis bilik sebab dia ada banyak bilik in one building. Aku dapat satu bilik kat situ, triple. 1 katil single, 1 katil double (ke 2 double?). Room price pon tak sure sebab actually dapat bilik tu sebab PYS gantikan chalet A-shape tu. Supposed kitorang book 4 bilik, tapi turns out ada 4 bilik jek yang kosong. Yang satu tu, guestnya tak jadi check out kalo tak silap. So, PYS bagi bilik kat building tu satu, without extra charge. Tapi to be honest, aku lagi suka A-shape tu. Dari awal memang mengidam nak duduk situ. But end up aku stay bilik batu...sobbssss.


depan chalet luas gila so, yeayyyy for the tent

Macam aku cakap, petang tu memang aktiviti free and easy jek. Lunch untuk first day tu kitorang pack sesiap dari rumah. One thing yang korang kena take note kalau korang nak pergi sana, 1. Not much of ‘entertainment', 2. Don’t expect too much on food. Bab makan tu, tu pada aku la. Aku pernah rasa dua tempat makan. Nak kata sedap gila, takde la sedap gila. Tapi takde la jugak sampai tak mampu nak telan. Boleh la. And, biasa la, pulau. Everything is a bit pricey. Tapi still reasonable.

So kiranya, lunch hari tu setel. No need nak cari tempat makan ke apa bagai sebab dah ada bekal. Most of us rehat kat bangku depan bilik mengadap pantai or strolling along the beach jek. I pick the later of course. Haha.


along the beach, memang banyak gila pathway and stairs cenggini ni.
kalau dari jeti, nak jalan kaki ke snorkeling spot, maybe nak kena redah 3-4 pathway ni, berselang dengan pantai. kalau nak snorkeling where ever pon boleh actually tapi beware of the boats.

Malamnya, BBQ!!! Tempat BBQ betul-betul depan bilik. Ayam, udang, ikan, sotong, sosej semua dh bawak siap-siap dari rumah. Again, tak payah pening cari tempat makan. And, MCG ngan PYS pon very helpful. Alat dan radas for bbq semua pinjam dengan PYS. Langsung dorang tak berkira. Aku mintak nak pinjam apa pon semua dorang bagi. Siap bagi pinjam tong air. Win. Haha..siap dengan pinggan gelas bagai. Padahal asalnya tanya boleh ke tak nak pinjam utensils jek – sudu/garfu/pengepit.

And thanks to MCG, kitorang dapat bekalan ais..kehkehkeh..aku wasap Alif mintak tolong kirimkan ais satu beg if team dia ada trip hantar orang. Aku dah balik ke darat nanti aku bayar balik, kata aku. And dia pon deal jek without banyak tanya. Serius senang gila berurusan dengan team MCG and team PYS. Segala benda yang aku mintak, even if last minit pon, dapat.

Esoknya, plan snorkeling. And here comes the glitch aku mention in part I. Kitorang amik servis MCG for drop and pick-up ke snorkeling port. Pagi tu jugak baru request so yang ni pon kitorang bayar lepas dah touchdown ke darat. RM10/pax. Adult and kids harga sama.

So ceritanya pagi tu aku wasap Alif, tanya dia boleh tak nak request bot transfer ke spot snorkeling tu. Sila refer conversation di bawah.


Aku tak tau nak cakap aku yang salah ke dia yang salah..haha..mis-communication jek la citer nya. Ok fine. Tapi lepas tu:


And that’s how aku minus kan 0.1 point. Pukul 11 baru botnya sampai. Tu pon siap kena potong queue dengan satu team ni sebab diorang cakap diorang dah lama tunggu. Siap sound family aku cakap kitorang potong queue *roll-eyes. Diorang baru duk tunggu tak sampai 10 minit *roll-eyes sampai juling. End up, half of my family jek yang dapat naik bot tu. Another half kena tunggu bot kitorang naik tu pusing balik. Second trip tu, orang bot siap suh aku check headcount takut ade tertinggal sebab tadi dah tersplit.

Makcik dan anak-anak kebosanan menunggu bot.
Adik bongsu and abang ipar aku yang dah kebosanan jugak menunggu siap terjun snorkeling bawah jetih dulu..hahaha

Snorkeling equipment sewa dengan PYS. Sewa on the spot. Pilih dan amik. I’m not sure if that’s the procedure tapi memang diorang suruh kitorang pilih and amik jek. Nanti masa return baru bayar. Rasanya that’s the case masa tu sebab PIC of the equipments takde kat situ. Aku pon ingat-ingat lupa. Harga equipment dah lupa. Life jacket RM10, snorkel set RM15 kalau tak salah.

Oh, lupa nak cakap pasal breakfast. Brakfast ala kadar. Roti+tuna/sardin, megi cup, lebihan-lebihan bbq malam sebelumnya, and 3-in-1 drinks. Electric kettle bawak sendiri. Tak disediakan. Memang dah tanya, and dah diberitahu awal-awal. And that’s the last pinch of our bekal. So kena cari solution for lunch sebab return boat kitorang request pick-up pukul 4.30pm. Kononnya lepas check-out still boleh jalan-jalan cuci mata. Ada dua khemah so barang semua angkut masuk khemah lepas check out.

We decided nak makan kat PYS tu jek. Tak yah pening-pening cari jauh-jauh. Tengah breakfast tu baru decide. Sempoi gila..haha..So on the spot aku pegi kaunter, tanya possible tak kalau nak mintak dorang sediakan lunch for us. Dorang cakap boleh. RM28/pax kot kalau tak silap. Diorang takde buffet. So memang initially masak untuk team aku. Kitorang ada 9 adults and 11 kids (2-11 years). Request masak tuk 10 pax..Masa kira macam logic. Lepas tu baru fikir balik, cukup ke? Lol.

Tapi alhamdulillah cukup. Siap ada lauk lebih sikit. Masa aku mintak nasik tambah 2 pax, abang tu memang ada cakap, dia memang bagi lebih dah..heheh..Lauk ada 3 jenis kalau tak silap. Ada ikan besar masak 3 rasa sekor, fish fillet ke ayam sweet sour (aku lupa), and another gravy dish (tomyam ke kari ke ape. Pon aku lupa), and sayur goreng. That is A LOT. Mula-mula pagi tu aku rasa macam mahal RM28/pax. My bad. Double standard. Mentang-mentang kedai macam warung jek. Macam nak ketuk diri sendiri jek rasanya. Rasa dia pon not bad. Menambah-nambah jugak la makannya.

And that lunch is the end of our vacation. Yang konon berangan lepas check out nak jalan-jalan lagi tadi tu? Pfftttt…supposed kena check out pukul 12. 12.30 baru balik dari snorkeling. Makan. Packing, mandi, bersiap, solat etc. Rasanya pukul 2 jugak baru aku return all keys.

Aku memang sangat thankful la dengan team MCG & PYS. Sesungguhnya aku tak menyesal guna servis dorang. Baik, friendly, mudah bawak bincang, tak berkira.  I got discount cincai-cincai from both team. Alhamdulillah.

Dah. The end episod Pulau Kapas Short Vacay.


Eh. Jap. Tak citer pasal snorkeling pon. Haha. Go and see yourself. We met Nemo *wink.


look at the clear water..oh gosh

swing ni ade dua, kat depan Kapas Island Resort (kalau tak salah namanya).
On your right side area dari jeti. PYS is on the left.

 And this is Pulau Kapas. Yang cenonet kat kepala Zulaikha tu Pulau Gemia (Gems Island)

And our trip ends.

Wednesday, January 24, 2018

2017 Family Vacation - Pulau Kapas Short Vacay

Ni post paling lama pending. Haha. Aku sampai tahap dah lupa when was the vacation. August rasanya. Tapi I promised to post this one. Manusia berpegang pada janji katanya *shined eyeglass.

After years, last year punya family vacay aku lagi yang tercalon untuk incharge. Memandangkan cuti tak panjang, ada yang suggest pergi Pulau Kapas jek. And memandangkan aku dah duduk Terengganu balik, and mostly free sepanjang masa, valid sangat la tu kena lantik jadi PIC.

Long discussion shorten, kitorang decide nak stay one night. Kmie + Kza dan anak-anak stay dua malam, dorang gerak awal sehari. Decide nak amik 3-4 bilik, and khemah. Memang dari awal aku aim chalet Pak Ya Seaview (PYS). Live up to the name, memang betul-betul depan pantai. Boleh dengar kecebur, kecebur bunyi ombak tu dari bilik. Bukak pintu bilik terus nampak laut. What else could I ask for? *mata bling bling, clasp hand (hahaha).

Teaser: view dari depan bilik aku

Mulanya aku pergi kaunter/office MGH Boat Service. Sembang ngan Abang Iza. Quite puas hati sebab nampak macam dia boleh fulfill aku punya requests. Khemah was the hardest part sebab kitorang nak sewa khemah and pasang depan chalet. 1. Will the campsite allow us sewa khemah and pasang somewhere else other than their campsite. 2. PYS bagi ke nak pasang khemah depan chalet dia? Memang ada space luas gila (aku dh buat ‘site visit’ 2 kali..haha). 3. Plan B if 1 dan 2 say no. Sebab AKU memang nak PYS no matter what, and WE memang nak khemah no matter what.

Back to citer MGH. He sounds like he can give me everything I requested, tapi everytime wasap asyik kena bluetick (sobbbssss), and it seems impossible for me to rent the tent. Dia macam tak nak layan aku bab khemah tu (urghhhh). Then lepas mengadu kat group sibling, abang aku suggest suruh try Makcik Gemok (MCG) punya service. Dipendekkan cerita, aku get hold of this Alif guy number.

GOD!! I wish aku tak bazirkan days talking to the other guy. Sumpah senang gila berurusan dengan si Alif ni. Kalau korang nak pergi Pulau Kapas, korang boleh roger dia ni. Overall servis aku bagi 4.9 bintang. Lagi 0.1 tu sebab ada glitch sikit tapi partly salah aku. Tu nanti aku citer kat hujung-hujung post. Kalau aku tak citer, tolong remindkan..haha.

Mula aku wasap dia, aku cakap pasal boat service jek. Sebab actually dia memang handle boat service and snorkeling jek. Dia tanya bila nak pergi, confirmkan stay mana, berapa orang etc.

Tiket price (yang aku dapat time tu):
Adults – RM35/pax
Kids – RM15/pax

Budak kira dari 5 tahun till 12 tahun. Bawah 5 tahun FOC. Oh, and harga tiket untuk return trip. Dapat harga ni sebab pre-book. Bayar deposit RM100, balance bayar kat kaunter masa nak depart. Harga normal lain. Dewasa RM40, kids RM20.

Habis sembang pasal bot, aku selit tanya pasal khemah. Ada bagi sewa khemah kan? – note the ‘kan’. Kompiden nak mampos..haha..end up Alif bagi pinjam free jek khemah dia dua bijik. Awesome!!! Sebab aku dah survey harga khemah kalau nak sewa dari campsite. Mahal gila.

Setel bot and khemah. Sambil-sambil diskusi dengan Alif, aku diskus pasal bilik jugak ngan PYS. Alif bagi nombor Pak Ya suruh aku contact and discuss personally. Confirmkan bape bilik and jenis bilik, tarikh check-in/out etc.. Pastu mintak izin nak pasang khemah kat depan bilik. Pon dibenarkan, FOC. Alhamdulillah.

So, tu jek la citer SEBELUM trip. Kza + KMie dah gerak dulu sehari awal so all payments, resit/tiket bot settled by them. Check-in and check bilik pon dorang setelkan. Esoknya bila aku pegi, just pegi kaunter MCG, cari Alif, headcount yang nak naik bot, tunggu bot and departttttttt….


budak-budak cuak tapi seronok naik bot..haha..diorang keep gelak awkward sebab kena tempias air laut ke muka. Masing-masing nak sembang tak dapat sebab bunyi bot kuat gila.

WE ARE HEREEEE!!!!!

Story kat pulau bersambung in part II. Janji, part II akan menyusul selepas ini..haha