BAHAN A
Choki-choki - suka hati banyak mana. Kalau korang potong 3 each choki-choki, maybe boleh guna dalam 8-10 batang. Kalau potong 2 je, sila tambah lagi choki-choki tu.
BAHAN B
Susu sejat / cair (evaporate milk / creamer) - 1 tin, apa-apa brand pon boleh. Cik Su pernah pakai Gold Coin, F&N, Marigold. Rasanya sama lebih kurang, takde beza pon. So jangan pening-pening brand apa nak kena beli.
Susu pekat - 1 tin, tak kisah ape brand jugak. Pekat manis biasa ke, teh tarik ke, belasah jek.
Air - 4 tin. Plain water. Ukur pakai tin susu yang korang guna tadi.
Tepung jagung - 2 sudu setengah. Ni bukan bahan wajib. Kalau takde pon takpe. Tapi Cik Su tak pernah tak letak..hahaha
Garam - resepi cakap secubit, secukup rasa. Cik Su letak dalam setengah sudu kecik.
Cik Su memang beli sekotak terus stock kat rumah :D
Seriously, brand ape pon tak kesah.
STEPS:
Penyediaan adunan susu untuk base aiskrim.
Sesungguhnya nak prepare base aiskrim ni senang yang amat.
1. Masukkan susu sejat + susu pekat + air dalam satu periuk.
2. Panaskan periuk atas dapur dengan api sederhana.
3. Bila campuran susu dah panas sikit, masukkan tepung jagung (nak senang bancuh dengan air sikit siap-siap, supaya tak berketul.)
4. Masukkan garam.
5. Masak sampai mendidih. Keep kacau sepanjang masa.
6. Tutup api bila susu dah mendidih. Teruskan kacau kejap. Lepas tu dah boleh angkat dan sejukkan.
Salutan choki-choki dalam plastik aiskrim.
Ni part yang pada Cik Su, leceh sikit. Sebab kerja dia renyah sikit..haha
1. Potong choki-choki kepada beberapa bahagian (2, 3, 4, sukati korang).
2. Masukkan choki-choki dalam plastik aiskrim.
2. Masukkan choki-choki dalam plastik aiskrim.
3. Lenyekkan (is this the right term? hahaha) choki-choki pakai roller pin (or gelas, or botol sos, botol mayonis - apa-apa pon boleh)
Cik Su picit-picit bagi pecah-pecah macam ni dulu then baru lenyekkan.
(pakai chopstick)
(pakai botol mayonis XD)
4. Tarik opposite sides of plastik aiskrim, splitkan bagi effect comot choki-choki tu.
Notes:
1. Ada yang pernah tanya Cik Su - nak masak susu dulu, or prepare choki-choki dulu?
Jawapannya, terserah. Mana-mana dulu pon boleh. Tapi Cik Su biasanya potong choki-choki dulu. Lepas tu masak susu. Sementara tunggu susu masak / mendidih, sambil-sambil tu Cik Su multi-tasking. Alternate between kacau susu dengan isi choki-choki dalam plastik. Sementara tunggu susu sejuk, Cik Su gelek botol mayonis..haha
2. Sepanjang duk masak susu, memang nak kena kacau sepanjang masa, non-stop ke?
Well, kalau korang baca nota no.1, jawapan dah ada kat situ. Cik Su ulang, Cik Su alternate between kacau susu dengan isi choki-choki dalam plastik. Kalau ikutkan pesanan penaja dan resepi asal, memang susu tu nak kena kacau sepanjang masa. Rasanya, logiknya adalah sebab tak nak bagi berkerak, hangit kat tepi, etc. And kalau yang biasa masak susu atau santan mesti tau, kalau tinggal santan or susu tak kacau, takut nanti jadi 'pecah' (tatau la apa terms betul dia). So sebab tu dipesan sentiasa kacau kot. But since Cik Su masak api sederhana jek, and tinggal kejap-kejap jek, tak jadi masalah lagi pada Cik Su buat masa ni. Kalau rasa macam tak confident, jangan tiru gaya aci redah Cik Su.
3. Make sure adunan susu dah sejuk before korang masukkan dalam plastik. Kalau tak betul-betul sejuk pon, at least suam-suam kuku dah okey. Kenapa? Sebab, 1. Takut plastik aiskrim tak tahan dengan panas susu. 2. Bila korang masukkan susu yang belum sejuk, choki-choki start melting once dah masukkan susu tu. By the time nak tunggu dia keras dalam peti ais, aiskrim korang dah jadi aiskrim chocolate milk.
4. Tips nak senang keluarkan choki-choki dari plastik.
Biasanya, lepas potong choki-choki, Cik Su picit-picit sikit choki-choki tu, softly. Bagi dia tak melekat sangat dengan plastik dia. Lepas tu Cik Su amik chopstik, and tolak choki-choki tu keluar pakai bontot chopstik.
And, disebabkan Cik Su malas nak buat satu-satu, biasanya Cik Su buat one bunch terus. I mean, instead of, keluarkan choki-choki 1, masukkan dalam plastik aiskrim, roll-on choki-choki, pastu ulang lagi keluarkan choki-choki, masuk dalam plastik, and go on, and go on, Cik Su buat one bunch terus for each step.
Contohnya, satu adunan ni boleh dapat dalam lebih kurang 30 batang aiskrim (bergantung pada saiz aiskrim korang buat).
So, Cik Su potong siap-siap 10 batang choki-choki. So, I get 30 small pieces of choki-choki.
Lepas tu, Cik Su keluarkan 30 pieces choki-choki tu dari plastik dia. Put them in one bowl.
Then, baru Cik Su masukkan satu-satu choki-choki tu dalam plastik aiskrim.
And lastly, baru roll on all of them. Pastu dah siap roll semua sekali, baru tarik, splitkan satu-satu.
Sounds like lagi leceh? Hahaha. Buat la ikot keselesaan masing-masing.
So, thats how Cik Su buat askrim choki-choki.
Actually, aiskrim oreo, nutella, and sumi pon pretty much lebih kurang jek dengan aiskrim choki-choki ni. Base dia sama. Korang just tukar 'filling' jek *wink.
No comments:
Post a Comment