Wednesday, January 31, 2018

Pulau Kapas Short Vacay (part II)

Cerita dah tak berapa nak fresh dalam kepala actually..haha. First day was more to free and easy. Pergi dah lewat. Around noon ke a little past noon. Ada jiran kenduri on the day. Yang kawen nya kawan aku pulak tu. Takkan la tak nak attend. Padahal malam sebelumnya siap join team berinai..hahaha…

Jejak jek kaki ke pulau, terus tuju ke chalet and catching up dengan geng yang dah lepak since semalamnya tu. Anak-anak buah aku dah rentung. Yang putih macam mat saleh semua dah gelap macam aku jadinya...haha..check-in bilik, and late lunch.

this is how the chalet looks like.
PYS ada dua jenis bilik - A-shape chalet & 2-storey building.

Bilik A-shape ni harganya RM100/night - 1 katil double.
Yang double storey building tu aku not quite sure jenis bilik sebab dia ada banyak bilik in one building. Aku dapat satu bilik kat situ, triple. 1 katil single, 1 katil double (ke 2 double?). Room price pon tak sure sebab actually dapat bilik tu sebab PYS gantikan chalet A-shape tu. Supposed kitorang book 4 bilik, tapi turns out ada 4 bilik jek yang kosong. Yang satu tu, guestnya tak jadi check out kalo tak silap. So, PYS bagi bilik kat building tu satu, without extra charge. Tapi to be honest, aku lagi suka A-shape tu. Dari awal memang mengidam nak duduk situ. But end up aku stay bilik batu...sobbssss.


depan chalet luas gila so, yeayyyy for the tent

Macam aku cakap, petang tu memang aktiviti free and easy jek. Lunch untuk first day tu kitorang pack sesiap dari rumah. One thing yang korang kena take note kalau korang nak pergi sana, 1. Not much of ‘entertainment', 2. Don’t expect too much on food. Bab makan tu, tu pada aku la. Aku pernah rasa dua tempat makan. Nak kata sedap gila, takde la sedap gila. Tapi takde la jugak sampai tak mampu nak telan. Boleh la. And, biasa la, pulau. Everything is a bit pricey. Tapi still reasonable.

So kiranya, lunch hari tu setel. No need nak cari tempat makan ke apa bagai sebab dah ada bekal. Most of us rehat kat bangku depan bilik mengadap pantai or strolling along the beach jek. I pick the later of course. Haha.


along the beach, memang banyak gila pathway and stairs cenggini ni.
kalau dari jeti, nak jalan kaki ke snorkeling spot, maybe nak kena redah 3-4 pathway ni, berselang dengan pantai. kalau nak snorkeling where ever pon boleh actually tapi beware of the boats.

Malamnya, BBQ!!! Tempat BBQ betul-betul depan bilik. Ayam, udang, ikan, sotong, sosej semua dh bawak siap-siap dari rumah. Again, tak payah pening cari tempat makan. And, MCG ngan PYS pon very helpful. Alat dan radas for bbq semua pinjam dengan PYS. Langsung dorang tak berkira. Aku mintak nak pinjam apa pon semua dorang bagi. Siap bagi pinjam tong air. Win. Haha..siap dengan pinggan gelas bagai. Padahal asalnya tanya boleh ke tak nak pinjam utensils jek – sudu/garfu/pengepit.

And thanks to MCG, kitorang dapat bekalan ais..kehkehkeh..aku wasap Alif mintak tolong kirimkan ais satu beg if team dia ada trip hantar orang. Aku dah balik ke darat nanti aku bayar balik, kata aku. And dia pon deal jek without banyak tanya. Serius senang gila berurusan dengan team MCG and team PYS. Segala benda yang aku mintak, even if last minit pon, dapat.

Esoknya, plan snorkeling. And here comes the glitch aku mention in part I. Kitorang amik servis MCG for drop and pick-up ke snorkeling port. Pagi tu jugak baru request so yang ni pon kitorang bayar lepas dah touchdown ke darat. RM10/pax. Adult and kids harga sama.

So ceritanya pagi tu aku wasap Alif, tanya dia boleh tak nak request bot transfer ke spot snorkeling tu. Sila refer conversation di bawah.


Aku tak tau nak cakap aku yang salah ke dia yang salah..haha..mis-communication jek la citer nya. Ok fine. Tapi lepas tu:


And that’s how aku minus kan 0.1 point. Pukul 11 baru botnya sampai. Tu pon siap kena potong queue dengan satu team ni sebab diorang cakap diorang dah lama tunggu. Siap sound family aku cakap kitorang potong queue *roll-eyes. Diorang baru duk tunggu tak sampai 10 minit *roll-eyes sampai juling. End up, half of my family jek yang dapat naik bot tu. Another half kena tunggu bot kitorang naik tu pusing balik. Second trip tu, orang bot siap suh aku check headcount takut ade tertinggal sebab tadi dah tersplit.

Makcik dan anak-anak kebosanan menunggu bot.
Adik bongsu and abang ipar aku yang dah kebosanan jugak menunggu siap terjun snorkeling bawah jetih dulu..hahaha

Snorkeling equipment sewa dengan PYS. Sewa on the spot. Pilih dan amik. I’m not sure if that’s the procedure tapi memang diorang suruh kitorang pilih and amik jek. Nanti masa return baru bayar. Rasanya that’s the case masa tu sebab PIC of the equipments takde kat situ. Aku pon ingat-ingat lupa. Harga equipment dah lupa. Life jacket RM10, snorkel set RM15 kalau tak salah.

Oh, lupa nak cakap pasal breakfast. Brakfast ala kadar. Roti+tuna/sardin, megi cup, lebihan-lebihan bbq malam sebelumnya, and 3-in-1 drinks. Electric kettle bawak sendiri. Tak disediakan. Memang dah tanya, and dah diberitahu awal-awal. And that’s the last pinch of our bekal. So kena cari solution for lunch sebab return boat kitorang request pick-up pukul 4.30pm. Kononnya lepas check-out still boleh jalan-jalan cuci mata. Ada dua khemah so barang semua angkut masuk khemah lepas check out.

We decided nak makan kat PYS tu jek. Tak yah pening-pening cari jauh-jauh. Tengah breakfast tu baru decide. Sempoi gila..haha..So on the spot aku pegi kaunter, tanya possible tak kalau nak mintak dorang sediakan lunch for us. Dorang cakap boleh. RM28/pax kot kalau tak silap. Diorang takde buffet. So memang initially masak untuk team aku. Kitorang ada 9 adults and 11 kids (2-11 years). Request masak tuk 10 pax..Masa kira macam logic. Lepas tu baru fikir balik, cukup ke? Lol.

Tapi alhamdulillah cukup. Siap ada lauk lebih sikit. Masa aku mintak nasik tambah 2 pax, abang tu memang ada cakap, dia memang bagi lebih dah..heheh..Lauk ada 3 jenis kalau tak silap. Ada ikan besar masak 3 rasa sekor, fish fillet ke ayam sweet sour (aku lupa), and another gravy dish (tomyam ke kari ke ape. Pon aku lupa), and sayur goreng. That is A LOT. Mula-mula pagi tu aku rasa macam mahal RM28/pax. My bad. Double standard. Mentang-mentang kedai macam warung jek. Macam nak ketuk diri sendiri jek rasanya. Rasa dia pon not bad. Menambah-nambah jugak la makannya.

And that lunch is the end of our vacation. Yang konon berangan lepas check out nak jalan-jalan lagi tadi tu? Pfftttt…supposed kena check out pukul 12. 12.30 baru balik dari snorkeling. Makan. Packing, mandi, bersiap, solat etc. Rasanya pukul 2 jugak baru aku return all keys.

Aku memang sangat thankful la dengan team MCG & PYS. Sesungguhnya aku tak menyesal guna servis dorang. Baik, friendly, mudah bawak bincang, tak berkira.  I got discount cincai-cincai from both team. Alhamdulillah.

Dah. The end episod Pulau Kapas Short Vacay.


Eh. Jap. Tak citer pasal snorkeling pon. Haha. Go and see yourself. We met Nemo *wink.


look at the clear water..oh gosh

swing ni ade dua, kat depan Kapas Island Resort (kalau tak salah namanya).
On your right side area dari jeti. PYS is on the left.

 And this is Pulau Kapas. Yang cenonet kat kepala Zulaikha tu Pulau Gemia (Gems Island)

And our trip ends.

No comments:

Post a Comment