Monday, December 30, 2019

WePlayGames : one worthy time-waster

You can't be there, and not staying for more than half a day. Hence, the title.

Seriously guys. If you plan to pay a short visit, just for one or two hours maybe, just don't even go...hahahha. You'll definitely 'waste' your whole day there.

Oh!

Hi, by the way. What an intro I got there. So now, for the real intro. Excuse my kinda rude intro earlier.

So, alkisahnya, pagi Sabtu lepas Nee (my best friend. Whoever reads my old blog would know her sebab she always pops here and there in my posts) suddenly text me, giving me her "watchu doing?". Well, you'll know what she's up to when she brings that up so suddenly like that - most of the time. Told her otw pegi opis sebab got things to handle. Her "ooooooo, afterward?" is kinda a giveaway.  Nak ajak keluar lettewwwww.

Sebab aku punya urusan tatau takes how long, so we temporarily settled for 3pm for our meet up. And instead of suggestion awal ke WePlayGames, we decide to pegi Pasar Seni jek since masa terhad. And Nee tak pernah pegi Pasar Seni katanya. To be honest, aku pon tatau pebenda ada kat Pasar Seni tu so boleh la kalau nk try usha.

In the middle of my urusan, aku text Zura ajak pi WePlayGames since Nee ada mention dia ajak Ira jugak masa first mention of WePlayGames awal-awal text paginya tu. (p/s: Ira adik Nee, rakan sebaya and schoolmate Zura adik aku tu). Text Nee back suggest  pegi WePlayGames. Reply kiri kanan Me-Zura, Me-Nee (and Nee-Ira I guess), plus duk settle urusan aku lagi (what a morning fuhhhhhh), finally decide pegi WePlayGames, meet up at LRT Kerinchi and we'll head to Cyber by her car.

Wow intro jek tiga paragraph. Aku kalau dah diberi peluang membebel, memang tak lepas peluang langsung hmmmmm.

Back to WePlayGames.

First of all.

Read here for my first WePlayGames experience.
Here for Nee's blog post of our first WePlayGames visit.
And here for Nee's POV of our visit last Saturday.

A brief introduction to WePlayGames (WPG) in case you are too lazy to click any of the links above, WPG is a boardgame-cafe yang perkenalkan konsep kau main boardgame sambil lepak-lepak makan minum gituh. Brilliant idea I may say (again). Aku memang attracted betul ngan idea bijak ni. Lepas ni dah takyah pening port lepak/outing with besties dah. Pegi jek Tamarind Square, naik level 2. WPG loacated right above BookXcess (the most awesome bookstore brand ever, and branch yang kat TS ni open 24h hokehhhhhh).

Some basic info.

(p/s: we tried Hazelnut Lava Croissant on our first visit, and I don't think I'm gonna repeat that order. BUT, it might be because I'm not a fan of chocolate.)

available desserts on last Saturday.
This was the package that we took on our first visit.

Masa first visit ari tu, we took one dessert and drink for each of us and we got a free game for both of us, to play for an unlimited time.

Now, let me explain this. Sebab adik aku salah paham masa aku explain kat dia hari tu lol.

What it means here is, one meal/dessert + one drink = 1 free game.
Nee bought croissant + hot drink = one free game for her.
I bought cake + cold drink = one free game for me.
BUT, that doesn't necessarily mean two games for both of us.

Sebab, kalau dia amik game A, aku amik game B, and we play both games together, that equal to two games for both of us. Get it? Unless dia main game A alone, aku pon main game B alone, then ye kitorang boleh amik two different games..hahahhaha...

So we settled for a two-players game on our first visit, and play as many rounds as we want.

Back to topik utama which is our visit last Saturday lol. This time kitorang upgrade pakej (and we made a mistake, mehh..)

(photo from says.com via WPG Facebook)

Tanpa segan silu amik pakej unlimited gaming tu. Konon nak main banyak-banyak-banyakkkkkk game. Sudahnya, lebih kurang 5-6 jam kat situ, main dua game jek..hahahaha...

Anddddddd, complimentary drinks tu limited to certain drinks jek. And kitorang tak diberitahu apakah air-air tersebut. So all of us, empat-empat ketul ni amik air yang kena upgrade. Tengok bill masa on the way balik dah, baru perasan. Sila gelak.

Back to our games experience. Our first game was this:


And this is the very reason, the main cause why oh why kitorang sempat main dua game jek. Half of our time there duk mengadap game ni jek. Sesungguhnya aku lupa apa nama dia. And it is soooooo not my kind of game. I don't really enjoy Monopoly, or Saidana kalau versi Malaysianya. Or Jutaria kalau versi murah...hahahhaha..

Konsep game ni lebih kurang macam tu la. Build your roads, settlement, and cities. But instead of money, we are using resources yang kita collect throughout the game by throwing dice. Kat board tu ada base resources, and kita letak nombor kat resources base tu. Nombor yang kita dapat dari dice tadi represent numbers on the board. Owners of roads, settlement or cities yang neighbour dengan number from the dice boleh collect resources tu. Kumpul resources, beli roads and settlements, or upgrade your settlement to cities. Ada few other rules and regulation tapi I won't explain it here. Sila google teeheeee...

the start of the game..masing-masing still try to adapt the RnR
nampak dia punya semangat tu? siap check manual hahahaha..
dan wefie itu perluuu hahahaha
And, here we go. The winner of the game.

Our second game was Coup. I REALLY ENJOY THIS ONE.


Quoting WPG's staff, it's a lying game. And indeed, to play this you need to bluff, a lot. But more important than kena pandai bluff, kena be confident. Tak kesah lah time ko bluff or time ko honest, yang penting confident level kena tinggi melangit. Baru orang tak berani nak tuduh ko bluffing..hahahaha.

muka penipu-penipu berjaya dan tak berjaya di Sabtu yang lalu..hahaha

Basically, for this game, korang akan diberi two cards each, pastu balance kad letak kat tengah. Kad-kad tu adalah characters in Coups. Each character ada kelebihan masing-masing. For example, some characters can kill people, and another character cannot be killed.

And the best part is, you can bluff that you are holding a certain character, even if you don't. Tapi kalau korang dah bluff, pastu your attacker tak percaya, they can request you to prove yourself. If you ARE bluffing, you lose a character. If you do have the character, the attacker loses a character. Pastu korang boleh tukar character yang korang dah prove kan tadi tu with a new card from the deck - given that korang prove korang betul la.

I mentioned a character who can kill people earlier. That's an Assassin. But, you still can kill someone even if you are not an Assassin. Just pay for 7 coins, then you can request for an assassination.

Ira boleh dikategorikan sebagai bluffer paling berjaya. Muka takde perasaan memang level dewa-dewa. Adik aku paling inesen level kejujuran terserlah di wajah. Kakak-kakak ni level banyak makan garam tapi tak nak berlagak...hahahaha.

We played Coup for two or three rounds before kitorang balik sebab it is considered too late. Kalo tak semua tak nak berganjak lagi, nak try game lain pulak...hmmmm.

again, mesyuarat bincang RnR macam bincang strategi nak pegi perang..
tapi sudah pasti visit tersebut tak berakhir dengan Coup jek. Sesi bergambar tak sudah dulu la before balik :p

Jemput la datang ke WePlayGames. They have lots of options for boards game and with variations for numbers of players too. Staf dorang pon sangatlah membantu. If korang newbie macam aku, tak yah termenung depan almari lama-lama macam aku duk baca kotak satu, satu. Just call for their staff and ask for help/suggestion. Pastu kalau takde geng nak ajak pi WPG, boleh ajak aku. Just bare in mind yang aku ni newbie kuasa tujuh tau...hahahha...


Monday, August 6, 2018

Paper Rose


Sesungguhnya, I'm seriously into DIY ideas, tapi to be honest - I'm always fail with arts. Tak cukup kreatif..haha.

But this paper rose is so easy to do sampai Cik Su yang selalu fail dengan art ni pon boleh buat - and it has become one of my favourite.

First time belajar buat dulu just based on youtube video jek. Seriously sangat senang.

So, tanpa berlengah, shall we?

Barang-barang yang nak kena ada:

Kertas
(A4 biasa 70gsm tu dah ok. Tak payah nak susah-susah cari art paper bagai)
Penutup balang
(or mangkuk, or gelas, or anything yang bulat)
Gunting
Gam
(Cik Su guna glue gun sebab itu paling senang)

Step 1
Mula-mula sekali, paling penting nak kena potong kertas A4 tu jadi bulat dulu.


Sehelai A4 boleh dapat 4 keping kertas bulat tu. Macam mana nak gunting Cik Su tak payah la ajar kot, kan? haha...Cik Su lipat 4 kertas tu, tekap bulatan, and gunting jek. Terus dapat 4 keping bulatan sekali gunting.

Step 2
Now, untuk jadikan 'kelopak' ros kita. Most important step. Gunting kertas bulat tadi ikot bulatan dia tu and buat spiral. Cik Su pon tak tahu macam mana nak phrase kan step ni actually. Sila refer gambar di bawah. #biargambarberbicara



By the way, why Cik Su kata ini adalah step paling penting? Sebab saiz, bilangan, jarak lilitan(?) spiral tu akan effect kelopak ros kita nanti actually. But not really a big issue pon sebenarnya. Saje Cik Su buat gempak. There will be differences, tapi doesn't really matter.

Contohnya,

1. Width between each layer akan effect tinggi kelopak. Based on dua spiral dalam gambar kat atas ni, yang biru tu kelopak dia akan jadi tinggi, and yang oren kelopak dia akan jadi rendah.

2. Bilangan lingkaran - akan effect saiz dan 'kepadatan' kelopak.


Tapi sebenarnya, saiz dan rupa ros kita tu nanti bukan effected by macam mana kita gunting spiral ni semata-mata. Contohnya, cara kita gulung (step 3) pon boleh effect - gulung rapat or gulung loose. Macam gambar kat atas, yang pink Cik Su gulung padat-padat, rapat. Anak buah pulak gulung yang purple to a bit loose.

Dan sesungguhnya, setiap kali buat, Cik Su memang gunting spiral tu randomly jek. Tujuan Cik Su bagitau just for additional info semata-mata.

Step 3
The photo said it all..haha. Click the photo to enlarge.

Why Cik Su pegang gulungan tu atas bawah? Sebab actually Cik Su nak bagi sama bahagian bawah/base dia tu sebabnya nanti senang nak gam.

Step 4
Follow step ni kalau nak bunga kembang. Kalau tak, tak payah. Kalau nak yang tak bape kembang ala-ala ros yang baru keluar kuncup and baru nak start mengembang tu, lepas no.6 dalam step 3, boleh terus gam.



Step 5
And lastly, gam.


Letak gam, and tekan-tekan sikit, softly, bagi lekat. Sure dah lekat, boleh lepas.

DONE

And to summarize the whole post:



And this is what i used the roses for:


Sori, gambar sebelum takde. Tapi cermin ni dah lama, so rupa dia pon memang dah tak semenggah mana. So decide nak decorate sikit pakai paper roses ni. Plus, boleh jadi pewangi kat kedai jugak. Pagi-pagi, sampai kedai, Cik Su spray dulu bunga-bunga tu dengan fragrance oil yang dah dicampur air sikit (kedekut/jimat..hahaha).

It is a fun craft that you can do with your girls.

Anak buah Cik Su (8yo) is not confident enough lagi nak cut spiral by herself (sebab tak jadi spiral), so at first I cut the spiral for her. After some times, I draw the spiral on kertas bulat tu, then dia potong sendiri. She had fun. I believe your kid(s) will too :)

Saturday, May 5, 2018

Aiskrim Sumi

Nota resepi Cik Su:


Bahan-bahan screenshot resepi asal jumpa kat Google.
(i'm so sorry that i don't have the original link)

Cara penyediaan tu dah diolah kepada bahasa mudah paham Cik Su.
But, to be honest, sesungguhnya Cik Su masak ikot base aiskrim choki-choki ni je.

Anyway, back to aiskrim sumi. Bahan-bahannya:

BAHAN A
Sumi - 1 atau 2 paket. Kalau nak letak ala-ala janji ada je, sepeket dah cukup. Tapi kalau nak meriah sumi dalam aiskrim tu, dua paket baru best.

BAHAN B
Susu pekat - satu tin (any brand)
Susu cair / sejat - satu tin (pon any brand jugak)
Air kosong - 4 tin (sukat guna tin susu sejat/pekat tadi)
Garam - secukup rasa
Tepung jagung - 2 sudu setengah (resepi asal tak payah letak, but i did)

Dinasihatkan korang pakai sumi yang jenis warna meriah macam ni.
Bagi cantik efek warna aiskrim korang nanti.

Susu pekat dan susu cair brand sesuka hati.
Yang penting, tin kecik. Jangan pakai tin besar pulak. Kencing manis pulak kang.

STEPS:

Penyediaan adunan susu untuk base aiskrim (Cik Su tak ikot nota notepad Cik Su):

1. Masukkan bahan cecair (susu pekat, susu cair, air kosong) dalam periuk.
2. Panaskan periuk dengan api sederhana.
3. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air - masukkan dalam periuk yang dah panas.
4. Masukkan garam.
5. Masak hingga mendidih. Sentiasa kacau bagi nak elakkan adunan jadi berketul/berkerak.
6. Tutup api bila adunan dah mendidih. Teruskan kacau buat seketika.
7. Biarkan sejuk.

Masak semua Bahan B dalam satu periuk dan biarkan sejuk.

Sumi:

1. Potong sumi kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam plastik aiskrim.

Potong sumi. Terpulang nak potong macamana.
Nak potong dadu boleh. Nak potong panjang-panjang pon boleh.
Cik Su sarankan, sebiji sumi tu belah empat (memanjang).
Sebabnya? Bila potong dadu, dia jadi kecik-kecik - nanti bila letak dalam peti ais, semua potongan kecik tu berkumpul satu tempat. Bila belah empat tu, saiz dia besar-besar, jadinya 'pergerakan' sumi tu terhalang sikit.

Masukkan dalam plastik. Ni suruh anak-anak.
Suka la dorang boleh buat kerja 'main-main' macam ni.

2. Masukkan susu yang dah sejuk, kemudian ikat dan bekukan.

Done. Dah boleh masuk peti ais and bekukan.
Yang ni hasil potongan dadu. Nampak tak apa yang Cik Su maksudkan tadi? Hahaha.
Lepas-lepas tu, buat potong belah empat tu. Better. Tapi takde gambar.

That's all. Senang je sebenarnya. Selamat beraiskrim :)

Thursday, May 3, 2018

Aiskrim Choki-choki

Nota resepi Cik Su (hahaha):



BAHAN-BAHAN:

BAHAN A
Choki-choki - suka hati banyak mana. Kalau korang potong 3 each choki-choki, maybe boleh guna dalam 8-10 batang. Kalau potong 2 je, sila tambah lagi choki-choki tu.

BAHAN B
Susu sejat / cair (evaporate milk / creamer) - 1 tin, apa-apa brand pon boleh. Cik Su pernah pakai Gold Coin, F&N, Marigold. Rasanya sama lebih kurang, takde beza pon. So jangan pening-pening brand apa nak kena beli.
Susu pekat - 1 tin, tak kisah ape brand jugak. Pekat manis biasa ke, teh tarik ke, belasah jek.
Air - 4 tin. Plain water. Ukur pakai tin susu yang korang guna tadi.
Tepung jagung - 2 sudu setengah. Ni bukan bahan wajib. Kalau takde pon takpe. Tapi Cik Su tak pernah tak letak..hahaha
Garam - resepi cakap secubit, secukup rasa. Cik Su letak dalam setengah sudu kecik.

Cik Su memang beli sekotak terus stock kat rumah :D

Seriously, brand ape pon tak kesah.

STEPS:

Penyediaan adunan susu untuk base aiskrim.

Sesungguhnya nak prepare base aiskrim ni senang yang amat.

1. Masukkan susu sejat + susu pekat + air dalam satu periuk.
2. Panaskan periuk atas dapur dengan api sederhana.
3. Bila campuran susu dah panas sikit, masukkan tepung jagung (nak senang bancuh dengan air sikit siap-siap, supaya tak berketul.)
4. Masukkan garam.
5. Masak sampai mendidih. Keep kacau sepanjang masa. 
6. Tutup api bila susu dah mendidih. Teruskan kacau kejap. Lepas tu dah boleh angkat dan sejukkan.

Masak semua bahan B dalam satu periuk and sejukkan. Done :)

Salutan choki-choki dalam plastik aiskrim.

Ni part yang pada Cik Su, leceh sikit. Sebab kerja dia renyah sikit..haha

1. Potong choki-choki kepada beberapa bahagian (2, 3, 4, sukati korang).

2. Masukkan choki-choki dalam plastik aiskrim.


3. Lenyekkan (is this the right term? hahaha) choki-choki pakai roller pin (or gelas, or botol sos, botol mayonis - apa-apa pon boleh)

Cik Su picit-picit bagi pecah-pecah macam ni dulu then baru lenyekkan.

(pakai chopstick)

(pakai botol mayonis XD)

4. Tarik opposite sides of plastik aiskrim, splitkan bagi effect comot choki-choki tu.

5. Plastik aiskrim dah ready untuk diisi dengan adunan susu yang dah sejuk.



Notes:

1. Ada yang pernah tanya Cik Su - nak masak susu dulu, or prepare choki-choki dulu?
Jawapannya, terserah. Mana-mana dulu pon boleh. Tapi Cik Su biasanya potong choki-choki dulu. Lepas tu  masak susu. Sementara tunggu susu masak / mendidih, sambil-sambil tu Cik Su multi-tasking. Alternate between kacau susu dengan isi choki-choki dalam plastik. Sementara tunggu susu sejuk, Cik Su gelek botol mayonis..haha

2. Sepanjang duk masak susu, memang nak kena kacau sepanjang masa, non-stop ke?
Well, kalau korang baca nota no.1, jawapan dah ada kat situ. Cik Su ulang, Cik Su alternate between kacau susu dengan isi choki-choki dalam plastik. Kalau ikutkan pesanan penaja dan resepi asal, memang susu tu nak kena kacau sepanjang masa. Rasanya, logiknya adalah sebab tak nak bagi berkerak, hangit kat tepi, etc. And kalau yang biasa masak susu atau santan mesti tau, kalau tinggal santan or susu tak kacau, takut nanti jadi 'pecah' (tatau la apa terms betul dia). So sebab tu dipesan sentiasa kacau kot. But since Cik Su masak api sederhana jek, and tinggal kejap-kejap jek, tak jadi masalah lagi pada Cik Su buat masa ni. Kalau rasa macam tak confident, jangan tiru gaya aci redah Cik Su.

3. Make sure adunan susu dah sejuk before korang masukkan dalam plastik. Kalau tak betul-betul sejuk pon, at least suam-suam kuku dah okey. Kenapa? Sebab, 1. Takut plastik aiskrim tak tahan dengan panas susu. 2. Bila korang masukkan susu yang belum sejuk, choki-choki start melting once dah masukkan susu tu. By the time nak tunggu dia keras dalam peti ais, aiskrim korang dah jadi aiskrim chocolate milk.

4. Tips nak senang keluarkan choki-choki dari plastik.
Biasanya, lepas potong choki-choki, Cik Su picit-picit sikit choki-choki tu, softly. Bagi dia tak melekat sangat dengan plastik dia. Lepas tu Cik Su amik chopstik, and tolak choki-choki tu keluar pakai bontot chopstik. 

And, disebabkan Cik Su malas nak buat satu-satu, biasanya Cik Su buat one bunch terus. I mean, instead of, keluarkan choki-choki 1, masukkan dalam plastik aiskrim, roll-on choki-choki, pastu ulang lagi keluarkan choki-choki, masuk dalam plastik, and go on, and go on, Cik Su buat one bunch terus for each step. 

Contohnya, satu adunan ni boleh dapat dalam lebih kurang 30 batang aiskrim (bergantung pada saiz aiskrim korang buat).

So, Cik Su potong siap-siap 10 batang choki-choki. So, I get 30 small pieces of choki-choki.
Lepas tu, Cik Su keluarkan 30 pieces choki-choki tu dari plastik dia. Put them in one bowl.
Then, baru Cik Su masukkan satu-satu choki-choki tu dalam plastik aiskrim.
And lastly, baru roll on all of them. Pastu dah siap roll semua sekali, baru tarik, splitkan satu-satu.

Sounds like lagi leceh? Hahaha. Buat la ikot keselesaan masing-masing.

So, thats how  Cik Su buat askrim choki-choki.

Actually, aiskrim oreo, nutella, and sumi pon pretty much lebih kurang jek dengan aiskrim choki-choki ni. Base dia sama. Korang just tukar 'filling'  jek *wink.

Monday, April 30, 2018

Aiskrim 1 Malaysia

Homemade and handmade by Cik Su :)

Honestly, i don't really fathom the name.

'Aiskrim 1 Malaysia'

Well, dulu time kecik-kecik, aku panggil aiskrim ni aiskrim batang, sebab dia kan sebatang camtu. I think everyone (at least kat area tempat aku la) panggil aiskrim ni aiskrim batang. But then, suddenly, aiskrim ni buat kemunculan semula few years back, with so many new kind of flavours, and renamed as "Aiskrim 1 Malaysia". Aku cakap aiskrim batang, bebudak sekarang dah tak kenal *menangis tepi dinding.

Dulu-dulu, kalau makan aiskrim batang ni, flavour dia klasik sangat. Aiskrim bandung, aiskrim jagung, milo, sirap, bubur kacang hijau, bubur chacha, pulut hitam..what else? Yang tak berapa nak klasik sikit aiskrim asam boi or aiskrim jeruk. Oh, aiskrim nangka!!! Best gila. Basically, kalau kat rumah, aiskrim tu buat dari air or pengat yang terlebih buat. But rasa dia masyaallah sedapnya. Sekarang ingat senang ke nak jumpa aiskrim pengat or bubur tu? Kalau bagi anak buah aku makan pon dorang rijek. Eeeee pelik, kata mereka *roll-eyes.

aiskrim bubur kacang hijau
Source: Google (original picture)

bubur chacha
Source: Google (original picture)

bubur pulut hitam
Source: Google (original picture)

Dua bubur ni pon sedap kalau buat aiskrim. 
*menangis mengingatkan zaman kanak-kanak yang indah.

Anyway, memandangkan anak buah Cik Su semua selera hipster (*roll-eyes lagi), so kat rumah pon Cik Su buat aiskrim hipster la jugak. Yang gila duk viral tu.

Setakat ni yang pernah Cik Su try buat was:

Aiskrim Choki-choki
Aiskrim Sumi
Aiskrim Paddlepop (or i call aiskrim pelangi sebab obviously 'Paddlepop' is a brand. Adik aku panggil aiskrim unicorn. Pon boleh. Suka hati masing-masing la nak panggil apa. Ikot keselesaan korang.)

So kat sini, aku nak share ler sikit resepi and cara buat Aiskrim 1 Malaysia yang viral tu.

Sejujurnya, aku pon amik resepi kat google. I wish I have the original link, so I could share. But, time amik resepi tu, aku salin kat notepad jek, in my own way and ikot bahasa aku mudah paham, so, no links. Sorry and thank you to the original recipes compilation yang aku jumpa tu.

So, here we go with the recipes.



Aiskrim Pelangi